Gohed gostan, the ruyup pakatan. Pantun 2 kerat pagi ini. TM menyeru kepada semua penyokong Pas dan Pkr dalam Pakatan Rakyat supaya berfikiran rasional dalam menentukan halatuju perjuangan politik melayu di akhir zaman ini.
Ambil contoh tentang peperangan candu di China dan banyak lagi kisah-kisah perjuangan zaman nabi dan zaman khalifah, zaman tamaddun Islam dan zaman kejatuhan kerajaan Islam dunia. Jangan lupa juga Sejarah Melayu Melaka yang banyak pengajaran dan patut menjadi panduan kita masa ini.
Cukuplah, Usah lagi terpengaruh dengan hujah pemimpin Pas , kononnya Umno menolak dan mengenepikan Islam. Selama 52 tahun Umno telah berusaha keras untuk menjadikan Islam sebagai agenda utama dalam pembangunan negara dan pembangunan ummah. Buka mata , buka pintu hati lihat sekeliling kita. Hasanah di dunia dan hasanah di akhirat dalam setiap doa kita telah menjadi kenyataan. Usaha siapa , jika bukan usaha kerajaan yang ada sekarang.
Sebab itu lah seorang iman sebuah masjid di kampung saya telah menyatakan bahawa "menentang kerajaan boleh dikategori sebagai satu dosa, kerana kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan Islam dan bukan kerajaan yahudi dan majusi" katanya lagi .
Oleh itu TM menyeru kepada semua ahli Pas dan penyokong nya , begitu juga yang sedang menyokong PKR supaya menarik gear go stern (R) dan masuk gear baru (D). Jangan tunggu lagi dalam PR. Sokonglah kerajaan BN yang baru. Banyak agenda yang akan berlaku sedikit masa lagi.
Perubahan yang akan mendahulukan rakyat peringkat akar umbi. Rakyat suka kerajaan akan buat. Rakyat tak suka kerajaan akan hentikan dan mansuhkan. Kerana apa yang kerajaan buat selama ini adalah untuk rakyat.
Bersuaralah secara bersistem. secara berpolitik dengan bijaksana. Jangan ikut budaya lapuk di pembelot negara yang hanya bijak bercakap untuk kepentingan diri dan kroni sahaja serta keluarga beliau sendiri. Sanggup bersekutu dengan puak yang menentang Islam.