Manek Urai telah selesai semalam. Ye, memang kalah tu kalah, dan menang tu menang, tetapi saya telah lihat perbezaan yang amat jelas di antara 2008 dan 2009. Jangan kita abai kan apa yang kita telah pelajari selama satu setengah tahun selepas PRU lepas. Rakyat memang nak didengar, bangsa Melayu sudah hilang suara meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dari PRU lepas sampai ke MU semalam. Rakyat perlukan penjenamaan baru, perlu pendekatan baru, perlu kasih dan sayang daripada Parti UMNO, perlu di dengar apa yang mereka selama ini meluahkan dan jangan buta kepada kejadian di sekeliling anda.
1 Malaysia memang datang tepat pada masanya. YAB Perdana Menteri selama jadi YAB Timbalan Perdana Menteri, sudah lihat kelemahan dan kekurangan daripada pentadbiran lama, setiap Pemimpin mesti sekarang melihat apa yang YAB PM sedang cuba laksanakan, iaitu penyatuan rakyat Malaysia di bawah satu banner, iaitu 1MALAYSIA. Kenapa tidak boleh ? Kalau di pembangkang berpuluh ribu bangsa Melayu telah jadi ahli, adakah itu satu kesedaran bagi Parti UMNO bahawa ada kesilapan yang sudah terjadi, yang perlu diperbetulkan sebelum keyakinan dikembalikan kepada bangsa Melayu yang mengucap selamat tinggal kepada UMNO sebelum PRU lepas.
Pemimpin bukan sahaja seorang Pemimpin untuk rakyat yang alif dan baik sahaja. Pemimpin UMNO adalah pemimpin untuk semua rakyat, tak kira bangsa dan persefahaman politik. Pemimpin UMNO mesti buang ketepi keseganan mereka untuk masuk ke kawasan pembangkang, dan buat apa yang terbaik untuk bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lagu warisan jangan kita nyanyi dalam mimpi kalau Dewan Negara jatuh kepada tangan pembangkang. Pemimpin jangan tuduh akar umbi kalau kalah pada PRU depan, kerana bukan akar umbi yang ada kuasa seperti Pemimpin untuk BERUBAH ATAU DIUBAH sebelum terlambat.
Jangan kerana kekalahan yang tipis di Manek Urai, Pemimpin tepuk dada dengan kata kata 'Rakyat sudah mula percayai UMNO/BN'. Banyak lagi yang perlu dibuat sebelum kita mencapai tahap yang boleh dikata ketara atau amat baik sampai UMNO/BN boleh menang PRU depan dengan majoriti lebih 2/3.
Di Manek Urai sudah jadi jelas, pengundi belia adalah target sekarang. Bawa mereka balik ke pangkuan UMNO, dengan menggunakan AGAMA BANGSA DAN NEGARA, Insyallah, kita bersama boleh berjaya. Jangan kita berjaya sekarang hanya untuk dikalahkan pada PRU depan.
BERUBAH ATAU DIUBAH.