1. Kenapa Dr Chandra yang pernah menjadi penyokong kuat Anwar 1998, hingga sanggup dipecat daripada menjadi pensyarah UM berkata "amat bahaya kepada Malaysia, jika Anwar jadi PM ?"
2. Kenapa pada tahun 1998, Chandra mempertahankan Anwar, hingga sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan Anwar, hingga sanggup menjadi Timbalan Presiden Keadilan Nasional, tiba-tiba bertukar arah dan mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti pada 2001?
3. Sebagai bekas pensyarah USM dan UM, Dr Chandra mempunyai asas kukuh untuk menyokong Anwar dan mempunyai asas kukuh untuk keluar daripada Keadilan serta mempunyai asas kukuh untuk berkata bahawa Anwar amat merbahaya kepada Malaysia.
4. Apakah asas Dr Chandra berkata, Jika Anwar menjadi PM, satu malapetaka besar kepada Malaysia ?
5. Apakah Dr Chandra selama ini tertipu dengan retorik Anwar, kemudian menyedarinya apabila berada di dalam parti (sebagai Timbalan Presiden Keadilan), kemudian menarik diri untuk tidak mahu bersubahat dengan perkara-perkara yang memudaratkan agama dan negara?
6. Dr Chandra adalah Pengerusi JUST; dia sangat pakar mengenai politik licik Amerika; Agenda Yahudi menakluk dunia; Agenda badan-badan Kristian antarabangsa untuk menghancurkan agama lain dan agenda IFC (Interfaith Council) untuk menyamaratakan agama (plurarisme agama). Adakah kerana faktor ini, Dr Chandra merumuskan Anwar bahaya kepada Malaysia?