Kerugian RM200 juta akibat perhimpunan haram anti ISA
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.
“Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia “Merealisasikan Wawasan Negara” anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membelibelah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan disambut pada September ini. - Bernama
Ulasan
TM berharap ada NGO atau mana-mana badan bertindak agar segera membuat repot polis terhadap GMI kerana tindakan mereka telah menyebab negara rugi RM 200 juta.