Selasa, 25 Ogos 2009

Impak dari kemenangan Pas di N11.

Terima kasih kepada sebahagian pengundi Permatang Pasir kerana mengundi calon BN. Mereka ini diibaratkan mempunyai hati yang terang dan mahu perubahan.

Permatang Pasir dan Penanti serta Seberang Jaya berada dalam kawasan Permatang Pauh. Kawasan Anwar Ibrahim. Kawasan ini juga merupakan kawasan kubu kuat Pas. Setakat hari ini Dun Seberang Jaya sahaja dimiliki oleh BN.

Hasil tinjauan, kawasan Permatang Pasir adalah kawasan paling mundur dari segi pembangunan. Mungkin penduduk Permatang Pasir sudah selesa dengan keadaan mereka hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan.

Permatang Pasir boleh dianggap seperti rakyat Palestin yang setiap hari terpaksa menyusup masuk ke Israel untuk mencari nafkah hidup. Permatang Pasir juga sama seperti rakyat Palestin, setiap hari terpaksa keluar kawasan terutamanya Pulau Pinang untuk mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak-anak.

Jika kita menyusur Jalan Kubang Semang , Jalan Sungai Dua jelas menunjukkan kehidupan pembangunan jauh tertinggal di belakang.

Penduduk Permatang Pasir enggan menerima perubahan dan ia akan sama seperti daerah-daerah di Kelantan yang jauh tertinggal daripada jirannya Terengganu.