Isnin, 3 Ogos 2009

Kisah Pedagang Haram

TM hari ini akan membicarakan kisah dua orang pedagang yang halal dan haram. Di depan kedai ia menjual barangan runcit seperti kedai lain, cuma di sebelah belakang premis nya ia menjalankan perdagangan haram. Seorang lagi di depan berniaga minuman dan makanan dan seorang peniaga barang runcit.

Apa yang haram ialah menjual arak yang diproses sendiri dan juga nombor ekor haram. Dadah? yang tu tak nampak lah. mungkin kalau depa jual pun secara sembunyi-sembunyi. Nak tahu, kena tanya unit narkotik lah.

Yang menariknya keluarga pedagang ini bersekolah, masuk universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik. Tidak ada anak-anaknya yang merokok atau peminum arak. Memandu kereta-kereta sport keluaran Jepun. Hebat betul didikan emak bapanya.

Tapi sedarlah bahawa yang mengayakan keluarga ini ialah Melayu dan Hindu. Melayu pergi belakang untuk beli nombor ekor haram dan Hindu pula pergi belakang untuk beli samsu haram. Kedai nya macam biasa saja. pelanggan pun tak lah sehebat mini market. Tidak hairanlah satu ketika mereka berjaya membuka semua sebuah mi di market dan supermarket. Ada juga yang memiliki beberapa buat premis perniagaan untuk di sewakan. Hebat sekarang sudah bertaraf jutawan.

Mereka ini cukup mesra dengan orang melayu dan Hindu. Ada yang mabuk dan tidur tepi kaki lima kedai. Itu pun dia tak marah dan tak kisah, yang penting hari-hari duit masuk.

Apa kaitannya kisah ini dengan demontrasi jalanan menentang ISA? "lu fikir sendiri lah" kata Nabil.