Sabtu, 22 Ogos 2009

PAS PENYAMUN TARBUS ZAMAN MILLINEUM (klik)

Isu Pas menggunakan masjid untuk tujuan kempen politik mereka bukanlah perkara baru. sebelum tahun 2000 Pas telah menjalankan strategi merampas pentadbiran masjid dengan mendesak AJK masjid dan surau supaya mengadakan MESYUARAT AGUNG UNTUK MEMILIH JAWATANKUASA BARU. AJK masjid yang lama tak berapa reti dan tahu sistem perundangan dan enekmen masjid telah tunduk kepada desakan jemaah-jemaah ini.

Dan waktu yang dijanjikan biasanya selepas solat jumaat maka mesyuarat pun di jalankan, sepantas kilat mesyuarat telah memilih pengerusi sementara dari puak-puak pakatan jahat dan sepantas garuda perubahan pentadbiran beralih tangan.

Jabatan agama negeri juga ada pegawai yang pro penjahat dan meluluskan dan mengeluarkan tauliah baru untuk AJK baru,

Bermula dari itu . segala pendapatan masjid akan dijana ke arah kerja politik. dan setiap kali PRK maka masjid akan memasang khemah sebagai tempat penginapan penyokong-penyokong yang datang dari jauh untuk bermastautin seminggu dua. Memang betullah pendedahan dalam pisau .net (klik ) tajuk untuk sambungan ke blog pisau.net