Jimadie Shah Othman Sep 17, 09 3:29pm |
"Kita akan minta kebenaran daripada komandan kem untuk masuk berkempen.
"Kalau tidak boleh masuk ke dalam (kem), di tepi pagar pun kita akan pergi," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat hari ini.
Suhaizan, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendesak calon-calon parti bertanding, khususnya pembangkang, diberikan ruang berkempen di kawasan-kawasan tersebut.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS turut membantah keras penggunaan Borang 2 – yang merekodkan maklumat peribadi pemilih pos dan nombor siri kertas undi – dan penetapan tempat khusus bagi pembuangan undi secara pos.
Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.
ULASAN TM.
SEWAKTU ISU CHIN PENG MOHON UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA, CADANGAN ATAS CADANGAN DAP. PAS MEHYOKONG PENUH PENDIRIAN DAP UNTUK MEMBAWA BALIK CHIN PENG. PAS BERSUNGGUH SUNGGUH BERSETUJU DENGAN DAP.
DALAM ISU INI ,PAS DAN DAP TELAH MENGHINA ASKAR DAN POLIS YANG TELAH MENENTANG KOMUNIS SEJAK AZALI LAGI.
JERANGKAP SAMAR TELAH BANYAK MEMBUNUH DAN SERTA MENCACATKAN TENTERA KITA.
CHIN PENG PATUT DIBICARAKAN DAN DIHUKUM.
PAS YANG KONON MEMBELA RAKYAT DENGAN MUKA TAK MALU TELAH MENGHINA DAN MENSIA-SIAKAN PENGORBANAN TENTERA. HARI INI PANDAI PULA NAM DAPATKAN UNDI MEREKA.
DASAR APA KAH YANG DIBAWA OLEH PAS INI?
BERKENAAN KERTAS UNDI POS , PAKATAN RAKYAT MEMANG BODOH PIANG. KERTAS UNDI MEMANG ADA NOMBOR SIRI TETAPI IANYA SEBAGAI BUKTI BAHAWA KAD ITU SAH DAN SAMA DENGAN KAKI ASAL DAN BUKU UNDI.
WALAU PUN ADA NO SIRI DAN PAS MENDAKWA IA TAK JADI RAHSIA. INI KENYATAAN BODOH. CUBA PIKIR LAH SENDIRI. TAK KAN TAK ADA ORANG PAS YANG TAK PERNAH MENJADI PENGUNDI POS.
AGAKNYA KALAU UNDI POS DI BAGAN PINANG MENYOKONG DAN MENANGKAN PIHAK PAS , KUT BARU DEPA PERCAYA PROSEDUR UNDI POS.