Sabtu, 14 November 2009

Baiaah Taalik Didedahkan.mp3

Baiaah Taalik Didedahkan.mp3

ini ada rakaman suara Dr Hasan Ali mengenai taklik talak 3 jika lompat parti.. Ustaz Hj Ramlee Tusin Adun Semanggol dari Pas Perak pun mengakui akan wujudnya baiah. Hairan kenapa pucuh pimpinan Pas menafikannya lagi..

Perak patuh arahan Pusat

IPOH 14 Nov. - Pas Perak akan mematuhi arahan pucuk pimpinan parti itu supaya menghentikan serta-merta bai'ah talak tiga, kata Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain.

Menurutnya, beliau sendiri tidak pernah meletakkan syarat setiap pemimpin atau ahli Pas negeri ini melakukan bai'ah talak tiga sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.

''Apa yang ada ialah bai'ah taat setia pada parti dan ini semua orang buat. Bai'ah talak tiga tidak wujud, perkara ini sengaja digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Ramli Tusin dalam satu ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang sebelum ini tentang kewujudan bai'ah talak tiga di negeri ini, Abu Bakar berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan berkaitan isu itu.

''Saya belum hubungi beliau (Ramli). Mungkin perkara ini (kenyataan yang disiarkan) sengaja dimanipulasikan oleh media," katanya.

Semalam, pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai'ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.