Rabu, 25 November 2009

DI MANA RAJA PETRA?


RPK dalam satu majlis blogger SOPO bermesra dgn Dato Mukhriz

Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK telah pun lesap dari tanah air dan menghilangkan diri entah ke mana. Beliau begitu cekap, sama seperti David Blaine dapat menghilangkan diri dan dapat muncul di mana-mana beliau suka. Jika David Blaine dikatakan memuja setan dan mendapat bantuan setan atau jin atau hantu raya, kemungkinan besar juga RPK juga membela jin dan setan untuk membolehkan beliau meloloskan diri dengan mudah.

Hari ini TM mendapat info bahawa memang sah RPK berjaya melarikan diri ke down under melalui bantuan pendatang atau tekong-tekong penyeludup pendatang asing. Hari ini dia telah di kesan berada di Melbourne. Mungkin tak lama lagi baliklah dia ke Malaysia dengan tangan bergari dalam kapalterbang.

Hairan juga bagaimana dia boleh bebas berada di sana. Pasport dia di cop dekat imigresen mana? Darwin? Perth atau Ayer Rock?