Isnin, 23 November 2009

Mereka lebih pentingkan kovil...Tanah siapa yg mereka duduk tu?

Dua sekolah di Selangor gagal dibina kerana halangan kuil


BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran tidak dapat membina dua sekolah di Selangor berikutan pentadbiran sebuah kuil enggan membenarkannya dibina di tapak yang disediakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata dua sekolah itu di Petaling Jaya Selatan (PJS) 1 dan PJS 5 yang sepatutnya dibina tahun lalu.

"Lebih memburukkan lagi keadaan, Kerajaan Selangor sehingga kini belum memberikan kerjasama untuk menyelesaikan masalah itu," katanya di sini, hari ini.