Sabtu, 12 Disember 2009

NGA KOMENG SAMSENG DAP TALAM DUA MUKA

Nga Kor Ming seorang Cina Katholik yang kuat pegangannya. Cita-citanya untuk menguasai Malaysia ini bermula di Taiping. Dia pernah berkata ketika Nizar Hok Hek menang di P59 bahawa perjalanan 1000 batunya baru bermula di sini.

Cita-citanya sangat tinggi, Ingin menjadi Perdana Menteri atau Presiden Malaysia yang pertama dari parti DAP. Lelaki Cina yang dilahirkan pada 11 November 1972 ini amat yakin pada usia muda dan tenaga yang kuat ia dapat menggantikan dan mengambil alih pucuk pimpinan Dap dari keluarga Lim dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

Untuk terus mendapat sokongan Melayu , Nga bijak membeli saham dalam masyarakat Melayu. dia boleh kutuk kerajaan sesuka hati dan isu terbaru ialah mempersoalkan tentang peruntukan besar kerajaan dalam pembinaan 611 buah masjid tetapi kemudiannya menceritakan kepada Melayu Taiping ia hanya satu gimik dan tektik dalam berpolitik.

Kononnya dia mahu rakyat Malaysia terutama Islam di Malaysia lebih berdikari dalam pembinaan masjid seperti di Singapura. Orang Islam kena simpan satu ringgit sebulan dan tak perlu minta dari kerajaan. Ini katanya kepada Melayu Pas di Taiping. Melayu Pas Taiping pun menganggukkan kepala sekali lagi tanda setuju.

Sebenarnya bukan isu masjid saja yang ada dalam minda pemikiran Nga Korming. Banyak lagi persoalan bantuan kerajaan kepada rakyat yang akan dipersoalkan satu persatu. Dia tahu jika kerajaan terus membantu rakyat dalam segala bidang, maka rakyat akan terus menyokong BN.

Nga mahu orang Melayu Malaysia menjadi seperti Melayu Singapura. berdikari sendiri dalam membangunkan Islam dan sumber insan. Kerajaan tidak akan membantu apa-apa. Ini lah cita-cita Nga Kor Ming. Orang Melayu 1000 tahun lagi pun tak akan berjaya jika tidak dibantu. So apa tunggu lagi. biarkan Melayu terus merudum dalam segala sektor ekonomi dan sosial.

Apakah Melayu Pas Taiping dan kawasan berhampiran seperti Larut, Bukit Gantang dan Kerian tidak terasa hati , tidak tercalar sedikit pun apabila Nga Kor Ming mempersoalkan perlembagaan mengenai agama Islam kerana mempertikaikan peruntukan membina masjid yang berjumlah RM 748.26 juta sejak tahun 2000.

Apakah Umno terlalu liberal atau mengikut Nazri Aziz yang anti rasis atau takut lori simen tak berjalan di Rawang? Kepada Umno Taiping, Larut, Kerian, Bukit Gantang dan kawasan berhampiran, apa tindakan yang perlu diambil terhadap kenyataan biadap Nga Komeng ini?