Sabtu, 30 Januari 2010

10 Budak Hitam



Lagu ini bukan zaman hip hop tapi zaman A-GO-GO 67....Lagu ni khas untuk kumpulan blogger yang menamakan kumpulan mereka 10 sibudak hitam.

Seorang pegawai kemas telah memaklumkan bahawa mereka ada merancang untuk membina satu blog yang bernama 10 budak hitam. Mereka mempunyai misi dan visi sendiri sesuai dengan tugas mereka yang berjawatan sebagai pegawai kemas.



Tiba-tiba belum apa-apa muncul satu blog yang posting pertamanya telah membelasah YB Zahir Adun Kawasan Kamunting dan selang beberapa hari, YB Midah Sungai Rapat pula menjadi habuan mereka

Apabila nama TM dikaitkan dalam beberapa entry dalam blog tersebut, TM menerima banyak email, sms dan FB yang bertanyakan siapakah individu yang mendokong blog 10BH.

Berdasarkan posting dalam entry pertama yang menghentam YB Zahir, kita dapat menghidu mengapa artikal tersebut ditulis. Gaya penulisan, lenggang lenggok kita tahu matlamat dan asas perjuangan blog tersebut.

Demi kebaikan eloklah segera tarik handbrake dan jangan ada agenda tersembunyi. Kalau sudah bosan dan benci dengan kerajaan eloklah letak jawatan sahaja. Ada ramai lagi anak-anak lepasan universiti yang bersedia mengisi kekosongan.

Apabila TM enggan membuat pautan kepada blong TM dan mempersoalkan kenapa YB Zahir dijadikan punching bag. kini 10 budak hitam seolah-olah mengisytiharkan perang terhadap TM.

Tak mengapalah. TM tidak mengambil hati terhadap atau terasa hati dengan kumpulan budak 10. Kalau rasa nak berkawan dengan TM silakan. Kalau rasa nak buat musuh dengan TM pun silakan.

Tanpa Nama berkata...

Bro, mike nak KJ jadi mcmana? KJ ada caranya dan dia dipilih oleh majoriti perwakilan. Sejak mike bertuankan parpu inilah jadinya.

Adakah bila pemuda berarak di jalanan dan merusuh dijalanan itu dinamakan pemuda yang berani? Adakah bila pemuda merusuh itunamanya pemuda berani?

Gunakanlah cara diplomatik, tak semestinya api dibalas dengan api bro, airlah pelemahnya. Kepala hotak mike dan parpu dan diSET untuk menghentam KJ, dari itu apa yang KJ buat semuanya kome anggap salah dan lemah.

Jangan jadi bodoh dan jangan mudah dikudakan oleh parpu. TM, kerana artikel haramjadah mike nie mmg aku tak ingin ke program UMNO Perak 3hb nie.

JANGAN INGAT KJ TAK ADA PENYOKONGNYA.


Dari blog 10 BH;

Ini pula cerita tentang seorang teman blogger yang 10SBH kira senior dikalangan bloggers-bloggers di Perak. Suatu ketika dulu, TM, bukan TELEKOM MALAYSIA tetapi TAIPINGMALI dilihat sebagai blogger yang berhemah penulisannya. Semua itu, cerita lama, cerita baru di tahun baru, Bro TM kita telah banyak berubah.


Isu tentang YB Khairy juga turut dimanipulasikan oleh Bro TM kita. Persoalan yang 10SBH ingin ajukan, Apakah hak Bro TM untuk membezakan corak kepimpinan YB Khairy dan DS Dr. Zambry? Sayang Bro TM yang disangkakan celik, rupanya BUTA... Tidak tahu membezakan corak kepimpinan kedua-dua tokoh tersebut. Cukuplah Bro TM, tumpulah pada Negeri Perak sahaja. Usah DILAGAKAN kedua pemimpin ini.

Disini 10SBH ingin mengingatkan kepada Bro TM agar segera menjawab persoalan yang telah dijanjikan sendiri oleh Bro TM kepada 10SBH untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu YB Zahir.



10BH sebelum ini telah menyerang dua Adun Perak, tiba-tiba bila TM menulis sedikit mengenai KJ, 10 BH melenting. Ingat 10 BH yang mempunyai rekod menghentam dua Adun akan terus menyokong dan menyambut bola tanggung untuk menghentam KJ.

Tindakan 10 BH telah mendedahkan identiti mereka secara tanpa sedar. Kalau 10 BH menuduh TM cuba melaga-lagakan KJ dan Dr Zamry , kenapa 10BH sanggup melaga-lagakan YB Zahir dan memburukkan YB Midah.


serangan 10BH terhadap YB Zahir

Belum reda kisah YB kita yang seorang ni tentang perilaku beliau yang mementingkan ke'elitan' cara hidup apatah lagi setelah menjawat Exco Pendidikan. Terbaru, cerita yang saya dapat dari pakguard lebih panas, lebh hangat dari sebelumnya.Jika sebelum ini, YB ZAHIR dikatakan sedang melobi untuk jawatan KETUA PEMUDA PERAK (kenapa KPP masih berdiam diri?)


Dah terdengar yang YB ZAHIR ni menyalahgunakan peruntukan yang diberikan kepada EXCO. Peruntukan yang diberikan kepada ADUN. Apa yang saya faham, peruntukan-peruntukan tu sepatutnya YB salurkan kepada rakyat, kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bak aspirasi DS Najib PM kita dengan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jika hanya peruntukan yang YB gunakan untuk melobi jawatan KETUA PEMUDA PERAK membawa kepada kesalahan yang serius, yang tak seronoknya, untuk menjawat jawatan KETUA PEMUDA PERAK ni, YB ZAHIR bertindak sampai menipu DS Dr Zambry dengan mengatakan ada 14 KETUA PEMUDA BAHAGIAN menyokong beliau. Tak cukup dengan menipu MB, KP Bahagian-Bahagian juga YB ZAHIR pusing cerita mengatakan KONONNYA, MB bersetuju agar beliau menggantikan MASLIN SHAM. Tak terfikirkah dengan perbuatan sebegini, ianya menimbulkan kekeliruan .

Apa YB ZAHIR lupa kah bahawa untuk melantik KETUA PEMUDA NEGERI, haknya adalah kepada KETUA PEMUDA MALAYSIA selepas berbincang dengan PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI.YB sedar tak yang sebenarnya YB bertindak dalam memecah belahkan serta meniup perasaan berpuak-puak apabila membuat cerita yang sedemikian rupa. Cukuplah berpuak-puak semasa pemilihan yang lalu. Jangan ditambah perasaan dan semangat itu.

Tidak cukup dengan jawatan KETUA PEMUDA PERAK yang terbaru untuk jawatan KETUA BAHAGIAN TAIPING. YB ZAHIR dikatakan giat menggunakan peruntukan yang diberikan dengan melobi Ketua-Ketua Cawangan di Bahagian Taiping dalam memastikan kemenangan YB untuk pemilihan yang akan datang. Almaklumlah, Dato' Shalimin pun lebih muda setahun dari YB ZAHIR.YB, YB.Age is just a number YB.Buktikan yang YB benar-benar layak, benar-benar boleh bekerja.Kalau setakat syok sendiri, merasakan YB lebih hebat dari semua orang, hentikanlah. Takut nanti, YB malu sendiri.

Dengar-dengar cerita, YB ZAHIR merasakan beliau lebih hebat dari Dato' Ketua Bahagian Taiping yang ada sekarang ni. Di mana hebatnya YB ZAHIR kalau PEMUDA TAIPING pun tak pernah dilihat kekuatannya.tak nampak kebersatuannya. Jangan masuk bakul, angkat sendiri YB ZAHIR oi...biarlah rakyat yang menilai.

(ayat di atas mengesahkan 10BH melaga-lagakan kepimpinan Umno Taiping)

Jangan nak berkahayal lagi YB. Jangan nak 'high' sendiri, lebih baik masa yang ada ni digunakan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Sebelum terlewat, sebelum terlambat. Sedar-sedarlah YB ZAHIR!!!

Jangan lah ada dua standard. kalau nak balun semua YB jangan pilih-pilih. Orang ini boleh , orang ini tak boleh.

Apa kah kerana TM membuang logo BPN maka TM dihentam? Ya. BPN pada awal penubuhan mestilah bertaraf penaja dan pemilihan semula jawatankuasa hendaklah dibuat serta ia perlu di daftarkan dengan ROS, jika tidak ia tidak sah dari segi perundangan.

Apabila menjadi satu pasukan yang sah dibawah akta pertubuhan maka ia akan mempunyai barisan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab terhadap ahli dan yang penting ialah kewangan yang sah. Ada bendaharinya , ada akaun yang sah.

Aliran keluar masuk wang dapat berjalan secara betul dan telus. Ahli-ahli juga boleh menyumbangkan wang untuk menggerakkan BPN bagi menjayakan programnya. Jika ada derma dan bantuan kewangan maka wang akan dimasukkan ke dalam akaun yang sah.

Hari ini kita tidak tahu ada atau tidak sumbangan kewangan yang masuk dari mana-mana pihak kepada BPN. Jika ada bagaimana ia dibelanjakan.

Oleh kerana tidak ada perubahan dalam BPN dan ahli terpaksa akur dengan syarat-syarat yang ketat yang dibuat oleh badan yang mentadbir dan kerana tiada masa untuk masuk bersidang dalam forum BPN , TM merasakan sudah tiba masanya untuk keluar dari kumpulan BPN. Maka TM tidak terikat dengan perbalahan pro sana dan pro sini seperti yang sedia maklum.

Kembali kepada Kemas. Sewaktu PRU 12 yang terdapat segelintir guru-guru kemas yang mengajar tadika Kemas telah belot dan menentang kerajaan. Ini bertentangan dengan janji mereka sewaktu menerima tugasan dahulu.






Akibatnya bila tadika kemas ditutup mereka kehilangan pekerjaan. TM berharap pegawai kemas yang ada hari ini perlu dipantau dan jika perlu satu tindakan pemutihan diadakan. Mereka perlu disaring. Jika ada yang perlu pecat maka hendaklah disegerakan sebelum PRU 13.