Pada prosiding hari ini, Mohamad Tasyrif yang menjadi individu pertama didakwa berhubung isu penggunaan kalimah Allah, membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan itu.
Pelajar tersebut dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat dan memulakan penghantaran komen bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain.
Komen tersebut dipaparkan di laman Facebook.com dengan menggunakan akaun pengguna yang didaftarkan atas nama Shahrul Maizam.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuat dan menghantar komen berbunyi; ‘‘ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...’’ di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya kira-kira pukul 10 pagi, 10 Januari lalu di sebuah rumah di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Agaknya kalau ada orang bawa bom untuk membuat huru-hara dan ditangkap polis, Pas dan Pkr pun akan kata penjenayah adalah kambing hitam. Tuduhan ahli AMK Pkr ini berat kerana menyalahkan kerajaan. Harap pemuda Umno akan buat report terhadap AMK.