Khamis, 11 Februari 2010

LAGI KISAH PANAS PEMUDA

Tadi TM membaca blog Duke of UMNO cerita adalah seperti di bawah;


 Saya secara peribadi menegur "penafian" oleh Dato' Seri Hishamuddin dan Datuk Razali Ibrahim berkenaan "desakan" majoriti Exco Pemuda UMNO agar Ketua Pemuda UMNO Saudara Khari Jamaluddin untuk meletak jawatan.

Ini adalah kerana saya telah disahkan sendiri oleh Exco Pemuda UMNO, Saudara Zubir Zabidi, selaku Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, selaku Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, bahawa kejadian itu "benar-benar" belaku!

Menurut Saudara Zubir, "desakan" itu sememangnya berlaku dan Saudara Zubir sendiri sanggup melepaskan jawatannya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beramai-ramai bersama rakan-rakan Exconya yang lain demi mencapai maksud mereka mendesak Khairi Jamaluddin meletak jawatan secara terhormat.

Oleh itu, tak payahlah Dato' Seri Hishamuddin atau Datuk Razali Ibrahim "menyembunyikan" hakikat itu kerana tidakan berkenaan bagai menunjukkan bahawa Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Razali masih di dalam "denial sindrom".

Pada saya, tindakan ini adalah satu tindakan yang "membersihkan" UMNO dan "menguntungkan" UMNO berbanding pendapat Datuk dan Dato' Seri yang cuba "menyembunyi" sesuatu hakikat yang sebenarnya langsung tidak membantu UMNO. Bagi saya, menyokong Saudara Khairi selaku Ketua Pemuda UMNO bagaikan "sokongan membawa rebah".

Dari itu, saya menyarankan untuk Saudara Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan secara terhormat, sebagaimana yang disarankan oleh Exco-Exco Pemuda UMNO usulkan. Jika tidak, nantikanlah Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan datang, insyaAllah, Saudara Khairy Jamaluddin akan diturunkan secara "hina" oleh para perwakilan yang membawa "suara akar umbi".

Buat Saudara Khairy, berundur bukan bermakna saudara kalah. Pengunduran saudara akan memenangkan UMNO, dimana saudara juga akan turut "menang" kerana saudara juga dari Parti UMNO. Itulah yang perlu diutamakan, bukan kepentingan peribadi yang perlu diutamakan.