Khamis, 25 Februari 2010

SERONOK MELIHAT BLOG PRO-KJ HENTAM HOUSE PK

Sejak isu penyerahan bantahan terhadap 50 MP Australia dan isu gempar House PK untuk mendedahkan itu dan ini terhadap KJ telah menjadikan isu ini seronok untuk diikuti.

Tm melihat hanya beberapa blog yang betul-betul membelasah House PK habis-habisan. House PK mungkin ada bukti yang kukuh. Biarkan lah dia mendedahkan, kita sama-sama baca lah. Nak takut apa kalau tak salah. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Antaranya ialah Jebat2010, 10SBH, Raksaksa Bn, 1-Mal, Senapang Patah, Syiling Perak dan beberapa lagi. Ada yang sampai mahukan KDN menangkap House PK.

Panas-panas hehehe!!!!....Jangan risau lah. Apa yang kita dok tulis ini ada pemantauannya. Itu baru blog Pro-KJ, belum tengok lagi blog Anti-Kj , rupa-rupanya lagi banyak.

KDN dah sebut pun. Jangan lah risau, sebelum kita dok cari salah orang baik lah kita melihat diri kita sendiri dahulu, apa salah kita pulak, kan itu lebih baik.

MKN pun ada, mereka pun bukan sahaja memantau bukit-bukit yang ada kemungkinan runtuh, bukan saja memantau pemanasan global, Bloggers pun depa dok pantau. 

Hari ini kes pembunuhan Norita panas kembali.Ada pihak nak saman akhbar sebab membuat dan menimbulkan persoalan. "Siapa pembunuh Norita" begitu lah jika tak silap. 

Akhbar pun sama tak terlepas dari menghadapi risiko saman menyaman. Begitu juga dengan dua blogger Pro-umno yang menghadapi saman oleh pihak pembangkang.

Opps sebelum terlupa anda nak tahu siapa 10SBH? TM ada jawapannya...hehehe...tak sampai 10 orang pun..