Ketibaan ADUN Pakatan Rakyat pada jam lebih kurang 8.30 pagi telah di nanti oleh sebahagian jurugambar, wartawan dan bloggers.
Dihadapan pintu masuk ke Pejabat DAP, sedia menanti seorang makcik yang hadir dari Johor bersama anaknya semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada semua ADUN Pakatan Rakyat.
Dengan bangganya YB Nizar, menunjukkan keperihatinannya terhadap warga emas tersebut sambil menyatakan penghargaan di atas kehadiran dan sokongan.
Inilah jurucakap kepada makcik tersebut, cik adik ini dengan bangganya menceritakan dengan bergitu bersemangat bagaimana dan apakah tujuan warga emas tersebut berada di sana.
Kisah Yang Sebenar:
Jam 8.05 pagi - berada di restoran bawah pejabat DAP sambil bersarapan bersama sahabat bloggers.
- Sebuah teksi berhenti menurunkan penumpang. Seorang warga emas dan anak perempuannya usia lebih kurang awal 40'an.
- Warga emas tersebut duduk di restoran sambil kerusi mengadap ke bangunan SUK.
- YB Idham Lim bertemu warga emas dan anaknya dan sejurus mereka berbicara, warga emas dan anaknya berlalu keluar dari restoran dan menuju ke pejabat DAP.
- Warga emas diberi kerusi duduk di pintu masuk ke pejabat DAP, seperti pengemis meminta simpati. Para wartawan dan bloggers tertanya2 siapakah warga emas tersebut.
- Setiap YB Pakatan Rakyat yang hadir akan bergambar bersama warga emas tersebut.
- Setibanya YB Nizar, maka bermulalah episod sebabak Pakatan Rakyat.
- Kisah bermula apabila anak kepada warga emas tersebut menyatakan bahawa ibunya datang dari Johor semata-mata untuk memberi sokongan kepada ADUN Pakatan Rakyat bersidang. Namun persoalannya kepada bukan makcik itu yang bercakap? Kenapa perlu ada jurucakap bagi pihak beliau?
- Sejurus YB Nizar naik ke Pejabat DAP, dengan tergesa-gesa anak warga emas tersebut berlalu dengan alasan teksi telah lama menanti.
- Setelah warga emas dan anaknya berlalu pergi, muncul seorang gadis dalam usia pertengahan 20'an menceritakan tujuan mengapa warga emas itu hadir. Persoalan : Siapa pula gadis tersebut? Beliau bukan anak kepada warga emas tersebut, tetapi knp beliau bergitu berani menceritakan pula.