Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431/ 15 Mac 2010 Parlimen mula bersidang. Sidang kali ini secara rasminya dipanggil Sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama yang dijadualkan bersidang daripada esok sehingga Khamis 15 April 2010.
Perkembangan lebih memeranjatkan apabila tiga Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti menjadi MP Bebas. Mereka ialah YB Dato' Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), YB Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan YB Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Dan mutakhirnya YB Zulkifli dipecat kerana enggan mengiktiraf panel kafir yang nak bicarakan beliau dalam isu kalimah ALLAH, bermakna PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja. Jangan lupa YB Jeyakumar (Sg. Siput) mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukannya PKR.
Ini bermakna dipihak bukan kerajaan, DAP mendahului dengan 28 kerusi, PKR 26, PAS 23, PSM 1 dan Bebas 7. Menurut konvensyen berparlimen yang di 'amal dan nilai-nilai demokrasi, maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh ketua DAP, iaitu YB Lim Kit Siang (Ipoh Barat) kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak. YB Tan Sri Speaker tidak boleh mengiktiraf Pakatan Rakyat kerana PR bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak saperti BN yang berdaftar.
Nampaknya Anwar masih bertahan jawatan Ketua Pembangkang. Mengikut poll yang dibuat dalam blog TM rata-rata memilih YB DS Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang. Bagaimana pun ketetapan telah dibuat oleh ketiga-tiga komponan pembangkang bahawa mereka masih mahu mengekalkan Anwar sebagai ketua dan ini amat bertentangan dengan prinsip demokrasi dan hukum poliitk.
Apakah sandiwara yang dimainkan oleh Dap? Adakah Dap kali ini menjadi pelacur dan rela diliwat oleh Hadi Awang dan Anwar. Kita sedia maklum bahawa Dap sanggup buat apa sahaja demi kuasa politik walaupun menjual anak perempuan sendiri.