Isnin, 19 April 2010

Dr Halili Rahmat Yang Bertindak Keluar PKR..

Hari ini bakal menyaksikan PKR akan kehilangan ramai pemimpin yang cukup kecewa didalam parti,pukul 11 ini satu pengumuman keluar parti bertempat di PJ Hilton akan dilakukan oleh Dr Halili.

Beliau, merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang r...apat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili sebelum ini dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.


Penamaan Zaid sebagai calon PKR jelas mengecewakan terlalu ramai ahli PKR malah menguris hati anak tempatan Hulu Selangor,seolah olah Hulu Selangor ketandusan pemimpin tempatan yang boleh mewakili mereka.

Hulu Selangor bakal menyaksikan ramai nama nama besar didalam PKR akan keluar parti.Sama sama kita tunggu dan lihat nanti.