Pkr, Dap dan Pas baru dua tahun memerintah Selangor. Maka dua tahun jugalah jalan-jalan raya tidak diurus dengan baik. Jalan yang dahulunya sentiasa hitam kini putih, keras dann pecah-pecah.
Tunggu lagi tiga tahun relai habis macam jalan zaman Jepun. Tu pun ada hati nak bertahan di Hulu Selangor.
Satu lagi yang menggusarkan Pkr atau PR ialah mereka terlalu risau jika BN menang besar dengan meletakkan calon Mic di kawasan yang majoritinya Melayu. Ini juga dapat menutup mulut-mulut jahat yang mengkritik BN kerana meletakkan calon bukan Melayu. Pkr menuduh BN dan Umno rasis. Nah....lihatlah sekarang.
Apakah masih wujud lagi unsur rasis dalam Umno atau dalam diri orang Melayu? Pkr beranikah meletakkan calon India yang beragama Hindu di Hulu Selangor? Sudah tentu tak berani. Pkr akan memainkan isu rasis.
Kawasan Melayu calonnya mesti Melayu. Pas pula akan menokok "Undilah calon Islam, haram jika mengundi calon kafir" ......hahaha teringin sangat nak lihat sepanduk seperti mana yang terdapat di Pasir Panjang kawasan N51 Nizar Jamluddin Bekan MB Perak ke 10 yang hanya kekal 11 bulan sahaja.
Anwar or Anwar apa tunggu lagi. Kami cabar kamu supaya tidak bersifat rasis dengan meletakkan calon bukan Melayu di P94.