Khamis, 22 April 2010

JENTERA PAS AKAN TURUN KE HULU SELANGOR ESOK

Semalam Rabu TM menulis Pas dijemput oleh Anwar ke Hulu Selangor kerana Jentera PKR lemah dan lesu sejak isu keluar parti beramai-ramai oleh ahli dan juga pemimpin-pemimpin PKR terutama sekali apabila Dr Halili telah bertindak keluar parti .  Seperti biasa Pakatan Haram telah menuduh mereka telah dibayar untuk keluar parti dengan nilai jutaan ringgit.

Kelesuan dalam kem PKR menyebabkan  Anwar terpaksa menyembah kepada Parti Pas supaya membantu PKR untuk membolehkan PKR memberi sedikit persaingan dan sebagai sokongan moral kepada Zaid Ibrahim.

Namun seperti biasalah Pas tidak akan menceritakan misi sebenar mereka untuk ke Hulu Selangor. Ayat dalam penilisan mereka mesti power.  Tak percaya baca petikan Harakah di bawah.

Nik Aziz ke Hulu Selangor esok, BN lebih kucar-kacir
Pilihan raya Hulu Selangor akan lebih menarik apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)  dijadualkan turun ke medan esok sekembalinya dari Mekah.

Kedatangan TGNA adalah kemuncak kesungguhan jentera PAS membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat. Maklumat diterima, jentera Pilihanraya PAS telah dikerahkan berlipat kali ganda berikutan serangan membabi buta BN dengan bantuan jentera kerajaan.

Datuk Mustapha Ali telah mengumumkan perkara tersebut sebagai komitmen PAS membantu PKR dalam pilihanraya tersebut. PKR mungkin berhadapan sedikit kesukaran terutama kebocoran maklumat berikutan tindakan Dr Halili yang merupakan orang kuat Hulu Selangor meninggalkan PKR dan membantu BN.

Walaupun tindakan itu tidak banyak menjejaskan jentera PKR namun adalah dimimbangi masih ada penyokong beliau dalam jentera PKR yang ditinggalkan sebagai informer BN.

PAS yang memiliki jentera yang berpengalaman dan dipercayai pasti nya akan menggerakkan jentera untuk digandingkan dengan jentera tempatan.

Pastinya PAS akan menggunakan markasnya yang bertebaran sebagai pusat yang boleh digerakkan dan dikawal sebaik mungkin. Kebocoran strategi boleh melumpuhkan tenaga dan perancangan Pakatan Rakyat menyerang BN.

Perkembangan mutakhir pastinya akan lebih menarik setelah pemimpin tertinggi dalam PAS itu menyatakan sokonganya.

Serangan terhadap peribadi Zaid boleh dikurangkan apabila seorang yang dihormati seperti TGNA memberikan sokongan secara langsung. Pastinya BN akan lebih kucar kacir kerana tenaga yang digunakan BN kini adalah bekas PKR yang berpaling tadah atas alasan hilang kepercayaan.