Ahad, 25 April 2010

KENAPA ANWAR MEMILIH ZAID? INI JAWAPANNYA.

Pemilihan Zaid perlu dilihat dalam gambaran yang lebih luas dan dengan mata hati yang ikhlas. Disebalik isu negatif yang menyelubungi beliau namun Anwar tetap memilihnya. Isu kuda lumba dan arak adalah perkara kecil dan tidak menjadi gula kopi.

Beliau boleh bertaubat nasuha untuk selesaikan masalahnya. Akan tetapi mengapa beliau tetap terpilih?  Anwar memilihnya bukan kerana dia Melayu, bukan kerana di kaya, bukan kerana dia bekas menteri tetapi kerana Zaid mempunyai pemikiran, kerana prinsip dan pandangannya terhadap kehidupan beragama.

Penglibatan Zaid dalam isu-isu kehidupan beragama terlalu agresif dan aktif. Dia lah pejuang hakiki liberalisme di Malaysia. Menjadi ayam tambatan untuk kehidupan beragama yang liberal.

Pandangan Ziad pada Hudud , pada IFC, pada kes murtad Lina Joy, pada ISA dan banyak lagi. Inilah kreteria utama kenapa Zaid dipilih oleh Anwar yang bijaksana.

Kepada Pas pula inilah masanya untuk  berpatah balik kepada pangkal jalan.Marilah bersatu demi agama bangsa dan tanah air. Rakyat ramai yang menanti perpaduan Melayu.Pedulikan puak-puak erdogan. Demi masa depan yang selamat.  Fikir-fikirkan lah.

dari email taipingmali@gmail.com kiriman Syukur Desa, Taiping