Isnin, 19 April 2010

PAKATAN HARAM TAK GENTLEMAN

Sebelum ini apabila PRU atau PRK blogger pro BN tak reti yang fire balik. Sekarang masa sudah berubah. Blogger pro Bn telah buat apa yang Pas buat, Pkr buat dan Dap buat. 

Zaid Ibrahim bertading bagi pihak Pakatan Haram dan ia menjadi makanan kepada blogger pro BN. Panas telinga, panas bontot nampaknya pihak lawan bila bloggers pro Bn menyerang habis-habisan terhadap Zaid. Pandai pula pihak Pakatan memberi nasihat kepada bloggers pro Bn supaya tidak membuat fitnah, tidak mengaibkan peribadi calon. 

 Aik!!!! sejak bila Pas sudah berubah. Dalam ceramah Pas seperti Khalid Samad , Nizar Jamaluddin senang-senang mengaibkan DS Najib dan seluruh kepimpinan BN dalam kempen mereka di Hulu Selangor tak apa pula!!!. 

Dalam PRK Bagan Pinang, Permatang Pasir, Bukit Selambau, Manik Urai dll bukan main lantang pembangkang mengkritik calon BN secara peribadi.  berikut ialah apa yang blog Pas tulis tentang Calon Permatang Pasir tahun lalu

 

PRK N11 Permatang Pasir (11) : Rohaizat kahwin dua senyap-senyap pulak

Isu 'rompak' duit koperasi pun belum terjawab...Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir.

Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,tiba-tiba keluar pulak isu Calon BN ni kahwin dua... Kahwin dua??? apa salahnya...

Ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil.

Menurut maklumat dari Ustaz Nasrudin Tantawi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga ketua Pemuda PAS Pusat itu sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai isteri,

Malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil". Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat, berkahwin tanpa diberitahu keluarga. Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz nasaruddin lagi.