Semalam TM sempat melawat ke Bandar Baru Sg Buaya. Bandar tersebut merupakan sebuah bandar yang cukup cantik dan selesa sebagai bandar kediaman. Cuma yang menjadi kawasan tersebut terpencil dan kurang dikenali. Tidak hairanlah banyak rumah-rumah di bandar itu kosong tidak berpenghuni.
Tahun hadapan sebuah interchange akan dibina di KM 436 dengan kos bernilai RM 90 Juta. Ia akan dapat memberi faedah kepada 100 ribu penduduk di kawasan tersebut. Masalah yang akan timbul ialah urusan tanah dengan Kerajaan Negeri Selangor. Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya semalam telah menaikan banner mengucapkan terima kasih kepada PLUS dan kerajaan Persekutuan atas usaha ini.
Selain dari Toll Hse Sg Buaya , penduduk Alor Pongsu dan Bukit Gambir Johor juga akan mendapat jalan keluar yang sama.