Sabtu, 3 April 2010

SAMY VELLU ANGKAT BENDERA PUTIH

DS Samy Vellu  nampaknya pasrah akan siapa calon BN di P94. Beliau menyerahkan 100% kepada Perdana Menteri untuk meletakkan calon. 

Ini bermakna apa yang disebut oleh Dato G.Palanevel terbatal dengan sendiri. 

Mic akan menyokong siapa sahaja calon BN yang dinamakan. Ini adalah janji dan diharapkan pada hari mengundi kelak tidak ada unsur sabotaj dengan merosakkan kertas undi sehingga kertas undi ditolak oleh SPR. 

Hari ini blog rocky's bru menyebut bahawa P. Kamalananthan adalah calon muda MIC untuk P94. 

Jika benar ia adalah satu pilihan yang tepat dan lengkap kerana peringkat Dun, Umno mempunyai dua  kerusi , Mca satu kerusi dan satu kerusi kepada Mic untuk Dewan Rakyat.