Isnin, 3 Mei 2010

HAMPIR 30 TAHUN SARAWAK MEMBANGUN DI BAWAH TAIB MAHMUD

Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud merupakan arkitek pembangunan Sarawak sejak memegang jawatan tersebut dari tahun 1981 sehingga sekarang.

TM mula menjelajah bumi kenyalang pada awal tahun 80 dan melihat sendiri bagaimana ketinggalannya bumi kenyalang dalam aspek pembangunan di semua bahagian dari Kuching hinggalah ke Limbang.

Bandar Kuching hanya sebuah bandar kecil. Lapangan terbangnya  dari udara seperti kotak mancis sahaja bentuknya, hari ini lihat sendiri perubahannya.

Electra House adalah satu-satunya komplek membeli belah di bandar tersebut, India Street satu-satunya tempat shopping sama seperti Batu Road di KL.

Masih ingat Arora Hotel berhadapan dengan Padang Merdeka yang dahulunya menjadi hotel MAS sekiranya penerbangan tergendala? Kini telah dibangunkan semula menjadi sebuah hotel mewah iaitu  Merdeka Hotel

Bandar Sri Aman yang dahulunya di panggil Simanggang merupakan sebuah bandar yang tidak berturap jalannya. Nak bermalam dan nak makan pun susah. Nasiblah rumah rehat kerajaan ketika itu masih beroperasi. dapat lah menginap dengan selesa.

Naik lagi ke Sarikei dan Bintangor (dahulu dinamakan Binatang) juga merupakan bandar yang mati diwaktu petang. Pekan hanya sibuk pada waktu pagi. tengah hari apabila penghuni rumah panjang balik maka tinggallah pekan kosong dan sepi.

Sibu juga sama, 30 tahun lalu merupakan bandar kecil. Sarawak House adalah satu-satu nya icon ketika itu.

Bintulu pula merupakan pekan yang bersebelahan dengan lapangan terbang. bangunan kedai 100 peratus papan dan kini semuanya konkrit dan bandarnya semakin besar dan modern.

Dahulu lapangan terbang Bintulu ni hanya mampu menerima pendaratan kapalterbang biasa dari BN2 sehingga Fokker 50 sahaja. Hari ini lapangan terbang nya yang baru boleh menerima kehadiran Boeing 747.

Miri juga pekan kecil. cuma kelebihan ialah ia berada di tepi laut. Limbang Marudi Belaga, Kapit jangan cerita lah memang daif.

Hari ini jika ada lagi pesara-pesara tentera yang pernah bertugas di kem Rascom pada era 70an atau 80an cuba lah pergi melawat ke bandar Sibu. Pasti mereka akan terkejut melihat perubahan dan pembangunannya.

Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang banyak mendapat peruntukan untuk pembangunan daripada kerajaan pusat.Oleh itu sokongan rakyat  terhadap kerajaan BN tidak mudah dilupakan.

Sebentar tadi TM dihubungi oleh sahabat lama juga adik kepada bekas menteri  dari Sibu, beliau memaklumkan BN akan menang mudah seperti Hulu Selangor. Ini kerana rakyat Sibu mahukan pembangunan.

Dato Seri Najib semalam yang turun ke pekan Sungai Merah, Kampung Bandung dan beberapa tempat lagi mendapat lampu hijau dari pengundi untuk terus menyokong kerajaan BN yang ada sekarang.

Kaum Foochow sangat berterima kasih dan gembira dengan kehadiran Najib.  Oleh itu BN mempunyai kedudukan yang kuat di Sibu kerana penerimaan penduduknya dan menolak budaya politik pengacau pembangkang yang didokong oleh Dap, Pkr dan sekelumit Pas.