Inilah kerja PKR parti kelentong rakyat yang hanya tahu menabur fitnah pada rakyat.Kerana itulah PKR tidak akan diterima oleh rakyat negara ini.Dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu adalah tidak benar dan tidak berasas, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Malah, katanya, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura bertambah baik selepas beberapa isu tertunggak berjaya diselesaikan termasuk pemindahan stesen KTMB di Tanjung Pagar yang membawa kepada lebih banyak pelaburan republik berkenaan ke Iskandar Malaysia. dakwaan Malaysia menggadaikan aset kepada Singapura tidak benar dan tidak berasas sama sekali walaupun Stesen KTMB di Tanjung Pagar akan berpindah ke Woodlands pada 2011.
Katanya, Malaysia mendapat dua bidang tanah di Marina South dan Rochor Ophir yang nilainya, sama dengan nilai tanah KTMB yang bertaburan di republik berkenaan seluas 217 hektar.
“Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, itu sudah dipersetujui pemimpin kedua negara dalam inti pati perjanjian (Point Of Agreement) pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.
Bagaimanapun, kita memperoleh tanah baru yang sudah mempunyai pembangunan bertaraf antarabangsa.
“Pelaburan dan pembangunan di dua bidang tanah itu, akan dilakukan syarikat usaha sama kedua negara iaitu MS PTE LTD, iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings," katanya.
Abdul Ghani berkata, pada masa sama, kedua negara juga bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.
“Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB perlu keluar dari Singapura dan kerajaan Johor sudah mengenal pasti stesen baru KTMB di negeri ini, seluas 80 hektar di Kempas yang terletak lapan kilometer dari pusat bandar raya," katanya.
Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu, turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata, soal jambatan baru langsung tidak disentuh oleh kedua-dua negara.
Beliau juga mengakui Sultan Johor, Sultan Ibrahim tidak memberikan sebarang reaksi kepada perjanjian berkenaan.
“Johor juga memperoleh semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, kedua-duanya masih beroperasi dengan baik dan ia adalah milik rakyat Johor bukan kerajaan Pusat.-KAMALFARSYA