Selasa, 25 Mei 2010

DUIT ZAKAT PUN NAK KEBAS-PAS TAK MAHU BUAT PROTES ?

Selangor Bangkit : PR Selangor kejam - Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

Dalam persidangan DUN 2008, Y.B. Dr. Mohd Nasir Hashim, Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam katanya –

”Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. 

Kerana kalau duit banyak tu kita“share” sikit lah”. • Ini menunjukkan ketidakfahaman dan kejahilan seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

Diharap YB-YB PAS dapat memberi nasihat dan beri ceramah motivasi kepada YB Pakatan Rakyat yang tidak faham akan hukum ugama. Jangan dok ceramah nak menghentam UMNO dan BN sahaja. 

Tengok-tengoklah ' gajah di depan mata ' juga..! 

Wallahuallam.. Suara Politik Taminsari