Rabu, 26 Mei 2010

KERETA KABEL PERTAMA DI PERAK

Taiping merupakah sebuah bandar warisan yang telah dibuka secara rasminya dalam tahun 1874 bakal mendapat kereta kabel pertama dalam negeri Perak.  Projek sepanjang 3.5 kilometer itu akan dibina di Bukit Larut yang dahulunya dikenali sebagai Maxwell Hill.

Projek ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak swasta iaitu Taiping Cable Car Sdn Bhd. Perjanjian telah ditandatangani sebentar tadi oleh pihak syarikat tersebut dengan YAB Menteri Besar Perak di Ipoh.

Projek kereta kabel ini dijadualkan siap 10 bulan dari tarikh tersebut. Kerajaan Perak begitu yakin dengan projek ini kerana bandar Taiping adalah sebuah bandar pelancongan. Zoo Taiping menerima pelancong purata 700 ribu orang setahun dan ia menjadi kayu ukur dalam projek kereta kabel ini. Projek kereta kabel di Langkawi purata 100 ribu pengunjung setahun.

Oleh itu diharapkan lebih ramai penduduk setempat akan mendapat faedah daripada projek ini seperti memperbanyakkan homestay atau inap desa dan premis makanan atau pusat-pusat jualan produk kraf tangan dan cendera mata.