Rabu, 9 Jun 2010

TUMPAT KELANTAN PUSAT MAKSIAT

Kaki GRO terseliuh, cedera terpijak kaca



EMPAT GRO warga Thailand ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Kampung Cherang, Tumpat semalam.



KOTA BHARU - Tindakan dua pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Thailand yang cuba melarikan diri ketika diserbu mengundang padah apabila kaki masing-masing cedera selepas terseliuh dan terpijak serpihan kaca semalam.

Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku apabila sepasukan 10 anggota Jabatan Imigresen Kelantan menyerbu sebuah restoran di Kampung Cherang, Chabang Empat dekat Tumpat.

Difahamkan, suasana di premis itu menjadi kecoh hingga memaksa dua wanita bersama empat rakannya bertempiaran melarikan diri tetapi malang menimpa apabila kaki salah seorang daripada mereka terseliuh manakala seorang lagi terpaksa menerima 20 jahitan selepas terpijak serpihan kaca botol minuman.

Pengunjungnya mestilah anak buah Tok Guru....