Isnin, 28 Jun 2010

UMNO TAIPING AKAN PUNYAI BANGUNAN SENDIRI TAK LAMA LAGI

Umno Taiping mempunyai beberapa bidang tanah di beberapa lokasi di sekitar Taiping, salah satu yang strategik ialah tanah kosong di belakang Restoran Nasi Kandar Rahman yang bersebelahan Pejabat Daerah Taiping.

Hari ini tanah tersebut telah digunakan oleh Restoran tersebut sebagai kawasan lapang dan big screen untuk bola sepak. Tanah tersebut telah dipegang oleh Umno negeri dan kini telah diserah semula kepada Umno Bahagian Taiping dan premium tanah yang perlu dijelaskan ialah berjumlah RM150 ribu.

DS Abdullah Ihsan berjanji untuk membayar premium tersebut.  Seluruh warga Umno mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada pucuk pimpinan Umno baru iaitu di bawah Yang Berbahagia Datuk Hj Ahmad Shalimin Hj Ahmad Shafie yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian ahli Umno Taiping yang tertangguh-tangguh sejak lama dahulu.

Ini lah perubahan yang dibawa oleh Ketua Bahagian baru yang masih muda dan bertenaga. Tahniah