Rabu, 28 Julai 2010

ANWAR MELOMPAT LEBIH TINGGI

Setelah melewat-liwatkan tempoh perbicaraan kes liwat Anwar vs Saiful timbul lagi isu baru yang berjaya melengah-lengahkan kes liwat. Ini kejayaan Anwar yang selama ini cuba untuk menangguh kes sejak 2008.

Blog-blog pembangkang nampaknya bergembira dengan isu ini dan yang sangat gembira ialah Anwar sendiri kerana lagi.

RPK membuat tuduhan zina ke atas Saiful Bukhari dan Farah Azalina Timbalan Pendakwaraya adalah satu fitnah jahat bagi menjejaskan perjalanan kes liwat Anwar Ibrahim.

Ianya juga untuk menjatuhkan kredibiliti Saiful dan juga barisan Pendakwaraya dalam kes tersebut. Bagaimana RPK boleh menyampaikan kepada dunia bahawa Saiful berzina sedangkan RPK berada di London.

Ghani Patail menggugurkan Timbalan Pendakwaraya yang difitnah tanpa sebarang siasatan atau pun sebarang siasatan mahupun sebarang laporan kerana tekanan pembangkang . Maka tindakan Ghani Patail menggugurkan Farah memberi kemenangan kepada pihak Anwar.

Tuduhan RPK terhadap Saiful dan Farah boleh dirujuk dalam kepada hukum Qazaf.