Surat ini adalah salinan fotokopi yang sah dan diperolehi dari rakan di Kuala Terengganu. Isi kandungan surat ini ialah mengkritik keceluparan mulut Nizar yang bercakap sesuka hati tanpa mengkaji dan menilai apa yang akan dituturkan.
Nizar akhir-akhir ini semakin celaru pemikiran dan tindakan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Bangunan Umno Perak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah , Ipoh.
Nizar kini tahap gila meroyan kerana semakin tidak popular dan semakin dilupakan. Nizar cuba bangkit untuk menjadi hero dengan melabelkan isu kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang sebagai agenda Yahudi Apco adalah satu kesilapan besar dalam karier politik beliau.
Oleh kerana terlalu gemar mengkritik orang lain terutama Umno dan BN , akhirnya Nizar telah mengkritik Hadi Awang secara tanpa sedar. Oleh itu Jawatan Kuasa Disiplin Pas perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Nizar.