Sabtu, 17 Julai 2010

Kenapa selangor korek pasir secara drastik...

Oleh rmf:

Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita yang agak mengerunkan yang tidak pernah berlaku didalam satu kerajaan negeri. Kini kita sedar bahawa proses pentadbiran yang dijalankan , jika bukan daripada ahlinya akan menyebabkan banyak kerosakan yang amat dasyat. Kini telah terbukti MB selangor telah gagal 100% dalam menangani isu pencerobohan dan isu meluluskan lesen pasir tanpa ada pertimbangan dan kajian terhadap alam sekitar. Untuk menutup kelemahan sistem yang telah mereka jalankan maka kerajaan pusat dipersalahkan tanpa rasa tanggungjawab sama sekali..

Pengambilan pasir secara rakus telah ditunjukkan dengan jelas oleh pemberita dan aktivis alam sekitar kesan yang bakal terjadi dimuka bumi Selangor, Sikap lepas tangan dan menyalahkan orang lain adalah tradisi mereka untuk menutup kelemahan diri.

Pasir yang berjuta tan yang dikorek sebenarnya dihantar ke negara jiran iaitu Singapura untuk proses menambak kawasan pulau pulau dan tanah besar untuk memperluaskan kawasan disana. Adalah menjadi satu pengkhianatan terhadap negara oleh warganegara sendiri. Kesan daripada penghantaran pasir tersebut akan mengakibatkan perubahan arus dasar laut di selat tebrau. Kesan penambakkan juga akan mengakibatkan asalah air pasang surut di kawasan yang lebih rendah di johor. Asakan ini akan mengakibatkan proses air pasang 15 dan air pasang 30. Hakisan akan berlaku, perubahan sempadan juga berlaku, apakah ini bukan pengkhianatan , demi wang mereka sanggup menyokong melakukannya, Ideologi dan sokongan politik daripada negara jiran juga mendorong mereka dengan rakusnya merobek bumi Selangor.

apakah kita tidak sedar lagi, bahawa kerajaan PR kini sedang memusnahkan alam sekitar terbaik kita di wetland,dan beberapa lagi bahagian dlam daerah Dengkil, Kuala Lumpur, Ulu Kelang.

Kelulusan lesen adalah merupakan tanggungjawab kerajaan negeri, penguasaan juga dibawah kerajaan negeri, kenapa kerajaan pusat dipersalahkan.Kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin bagi meminta kerjasama kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikannya

Isu pasir ini sedikit sebanyak telah membongkar beberapa isu dalaman dimana pendedahan kecurian pasir secara berleluasa di Selangor tidak perlu dipersoalkan kerana ia seolah-olah sudah dirancang rapi. Katanya, tugas penguatkuasaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh pasukan khas di bawah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sudah tidak ada selepas 48 petugas terbabit dibuang kerja.Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan agar tidak menyambung kontrak kerja kepada 48 orang anggota pasukan khas tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang. Ini jelas Puncanya tidak lain tidak bukan kerana mereka ini telah membongkar penyelewangan, rasuah dan kes curi pasir di beberapa kawasan di Selangor yang semua orang tahu didalangi oleh beberapa orang kuat di dalam kerajaan pakatan sendiri

Saya berpendapat Penyelesaian kepada isu pasir di Negeri Selangor ini sebenarnya agak jelas tetapi ia dibuat seolah-olah kelihatan sukar untuk diselesaikan. Ini telah menunjukkan dengan jelas kebodohan dan corak putar belit yang dijalankan untuk menutup kesalahan. Sejak isu pasir ini disiarkan, rupa-rupanya banyak lagi negeri dibawah pakatan telah melombong pasir sebara drastik-

Jika kita buat kajian semula, kenapa Pasir? bukan kah banyak lagi sumber yang boleh dijadikan projek, dimanakah pasir ini di labuhkan. Malaysia? mungkin tidak, bagi saya jawapan yang paling tepat ialah Singapura, ini adalah berdasarkan hubungan rapat dan kesamaan ideologi DAP dengan PAP, agenda dan kerjasama dijalankan untuk memperluaskan wilayah wilayah di Singapura dengan menambak pantai.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Kerajaan Negeri telah membentuk sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga anggota untuk menyiasat dakwaan aktiviti melombong pasir secara haram di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Law Choo Kiang, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Adalah difaham kan sebuah kawah sedalam 30 meter di tengah-tengah bekas ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Tasek, Lima Kongsi di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan yang dipercayai kesan daripada kegiatan mengorek pasir.

Kesimpulannya apa yang saya lihat di Bukit Changgang dikuasai oleh Ronnie Liu dan yang menjaga alam sekitar nya pula Eli wong ( ratu boel PR). Jadi dengan demikian kita tau.. dimanakah arahnya Pasir di labuhkan... Kepada Penyokong PKR dan PAS, ada kalanya kita bertengkar, bertelagah dalam soal ideologi dan fahaman politik, tetapi didalam isu ini , seharusnya kita melihat bahawa pembesaran wilayah disingapura dgn pasir yang dihantar oleh DAP dari Malaysia merupakan juga penjajahan tanah air secara halus- dengan nyata menjual tanah negara ini kepada negara asing..secara kekal bukan bersifat kontrak. Fikir Fikirkan la..