Khamis, 29 Julai 2010

SORANG SORANG MASUK UMNO AKHIRNYA PKR TINGGAL SORANG

Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim telah mengesahkan penyertaan dalam Umno malam tadi, borang keahlian telah diserahkan kepada En Zakaria dan Dato Nazri iaitu Ketua UMNO Cawangan Air Merbau,  Merlimau, Melaka.

Anuar Shaari juga telah mengatakan tujuan dia menyertai UMNO kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan pembohongan Anwar. Beliau akan terus membantu Umno untuk membuat 'roadshow' bagi memperjelaskan siapa Anwar yang sebenarnya.


Anwar Ibrahim semakin hilang sokongan daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang selama ini setia berjuang bagi mempertahankan beliau. Anwar juga dilihat semakin melupakan Melayu dan agama Islam.

Pendedahan demi pendedahan siapa Anwar oleh rakan-rakan yang terlebih dahulu keluar PKR berjaya meyakinkan mereka bahawa segala-galanya ada benar belaka.

Kegairahan Anwar yang bermuka-muka dengan Yahudi , Dap dan Pas menambah lagi rasa kebencian terhadap beliau.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran,  Menteri Kewangan dan TPM Anwar telah menunjukkan sikap sebenarnya dan keceluparan lebih menonjol selepas pemecatan nya. Jika semasa menjawat jawatan TPM hujahnya, cakapnya, ucapannya cukup berhemah dan terkawal.

Akan tetapi selepas dipecat oleh MT Umno, taring, siong, mata setan semua keluar, tidak hairanlah jika parti PKR menggunakan logo mata satu atau lebih tepat lagi mata syaitan freemasonic. Hari ini satu  demi satu pengikutnya telah lari.

Yang tinggal ialah kaum lain yang mencari ruang dan peluang untuk menguasai kuasa politik tanahair, mereka ialah Sivarasa, Xavier, Tian Chua, Elizabeth dan beberapa kerat lagi.

Mereka ini juga kemungkinan besar akan meninggalkan PKR selepas dapat apa yang dihajati, mereka tentu dapat meramalkan akan tarikh kematian parti ini.