Ahad, 18 Julai 2010

UMNO TAK PERLU BERSATU DENGAN PAS

MAZA bekas mufti Perlis sudah membuat andaian bahawa Melayu sukar untuk bersatu, wacana penyatuan melayu di Kota Bharu pun sukar mencari titik perpaduan. Pas dan Umno tetap dengan prinsip perjuangannya. Pas berkeras dengan retorik mereka untuk membentuk sebuah negara Islam dan tidak mengiktiraf sebarang usaha Umno dalam mengangkat syiar Islam di Malaysia selama lebih 50 tahun pemerintahannya.

Jika di senaraikan satu persatu, terlalu banyak agenda Umno yang telah dizahirkan untuk memertabatkan Islam walaupun jumlah penganut agama Islam di Malaysia tidak lebih dari 60 %.  Sebahagian besar pembangunan Islam bukan sahaja diterima oleh penyokong dasar kerajaan tetapi sebahagian besar penentang tegar kerajaan menikmati faedahnya secara total.

Nik Aziz terang-terang menolak perbincangan untuk penyatuan Pas dan Umno melainkan Umno meninggalkan dasar kebangsaan dan menerima dasar Islam Pas. Ini pendapat beliau , sebenarnya dalam Pas tak ada apa pun yang mereka lakukan sepanjang 50 tahun perjuangan mereka. Cakap saja tetapi tak ada tindakan.

Hairan kenapa Pas sanggup bekerjasama dengan Pkr dan Dap sedangkan dasar kedua-dua parti itu lebih bersifat balas dendam terhadap pemecatan Anwar dan penyingkiran Singapore daripada  Malaysia.

Penubuhan Pas juga bersifat balas dendam kerana kekalahan Pengasas Pas. Senario yang sama berlaku kepada Tengku Razaleigh yang menubuhkan Semangat 46.  Cuma Tengku Razaleigh lebih rasional kerana membubarkan parti demi perpaduan Melayu.

MAZA pula dengan caranya sendiri yang pro Pas, menyatakan penyatuan Islam lebih penting daripada penyatuan Melayu. Memang betul pendapat mufti tu tetapi skop kita semasa wacana di Kota Bharu adalah perpaduan Melayu kerana panel bercakap dalam kontak perpaduan Melayu. Kadangkala nampak juga kebodohan MAZA yang bergelar PhD.  Kalau nak bercakap tentang perpaduan Islam eloklah MAZA pergi ke Iran, Iraq , Pakistan yang bertelagah mengenai mazhab Syiah dan Sunnah yang semakin teruk. sehingga ada yang sanggup membunuh, menyiksa dan merogol kerana berbeza mazhab.

Pas dan Umno tidak perlu lagi berbincang untuk penyatuan, kalau Pas nak bersama Umno silalah serti  Barisan Nasional, jika tidak boleh jalan dah. Buat apa ada perbincangan dan berwacana jika Pas hanya mencari ruang untuk melibas ekor pari kepada Umo walaupun ekor babi itu direndam dalam najis babi.

Pas sebenarnya takut dengan Umno yang berjaya dalam memperjuangkan Syiar Islam oleh sebab itulah Pas akan menggunakan semua elemen yang ada dalam dunia ini untuk terus menidakkan dan mengkafirkan usaha Umno. Istilah kafir bukanlah satu yang serius bagi Pas, kerana budaya masyarakat pantai timur memang mudah menggunakan perkataan kafir samalah dengan masyarakat Melayu Melaka yang gemar menggunakan perkataan dajal.

Apa yang penting bagi Umno ialah melaksanakan amanah rakyat yang seperti mana dalam manifesto pilihanraya. Penerangan yang betul dan laporan yang benar boleh membunuh tohmahan dan fitnah puak-puak pembangkang yang semenangnya sanggup mempergunakan agama untuk meraih kuasa politik mereka.

Bila kita berada di pihak benar dengan sendirinya Pas akan menjilat ludah mereka seperti yang sudah berlaku hari ini, yang pasti menyokong mereka akan beralih arah. Hari ini pun sudah ramai pengikut tegar Pas sudah meninggalkan Pas dan menyokong perjuagan Umno.

bersambung