Dalam beberapa hari ini, banyak perkara melucukan sedang berlaku terutama dalam bab memdoakan Lim Guan Eng didalam khutbah Jumaat. Bila mereka memFITNAH Kerajaan dan UMNO, pembangkang kata itu semuanya betul (walaupun sebenarnya tak betul lansung - contohnya seperti Felda Bangkrap) tetapi bila Kerajaan dan UMNO mendedahkan perkara yang sebenarnya berlaku... walaupun orang tersebut mengaku mendokan untuk orang kafir, mereka menganggap UMNO memFITNAH. Yang mana betul ni?
Perkara sama juga berlaku apabila secara terang-terangan PAS bersendirian didalam memperjuangkan hukum hudud. Walaupun DAP dan PKR tidak bersetuju, namun untuk menutup malu, mereka memFITNAH kerajaan dan UMNO. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Jika kita lihat, Haji Hadi hanya membisu didalam hal ini. Nak bagi komen pun kena berhati-hati... Mana tidaknya, takut hilang sokongan kot... memang melucukan.
Masih ingatkah kita tentang fatwa Haji Hadi pada 1981 yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC? Sekarang mereka telah bekerjasama dengan sebuah parti yang secara terang-terangan menolak hukum hudud. Dimanakah pegangan mereka terhadap amanat ini.
Secara ringkasnya, bila semuanya baik untuk kepentingan politik mereka, ia adalah ok tapi bila sesuatu itu tidak memberi kelebihan kepada mereka, ia dikatakan FITNAH.
Wahai saudara sekelian, fikirkanlah baik-baik. Jangan menyokong membabi buta.
sumber : Aku Anti Fitnah