Sabtu, 28 Ogos 2010

MAIS: sudah terhantuk baru terngadah

Tindakan tegas yang diambil oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil tindakan segera ke atas surau yang membenarkan  Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu adalah satu tindakan yang tepat.
Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menyatakan  MAIS telah membuat keputusan untuk mengambil alih dan menguruskan pentadbiran surau tersebut dengan serta-merta kerana insiden berkenaan jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

YB Kapten (B) Dato Najmuddin Elias

Apa yang berlaku di Selangor turut berlaku di Perak. Masjid dan surau telah digunakan sebagai  medan politik oleh Dap. Cuma di Perak tidak ada pendedahan yang lengkap dan bergambar. TM mendapat maklumat bahawa ada surau dan masjid yang telah menjemput wakil rakyat Dap untuk menyampaikan tazkirah.
Manolito Dahlan Kadi Kerian

TM juga berharap Penasihat Hal Ehwal Agama Perak, YB Kapten (B) Dato Najmuddin Elias lebih peka terhadap perkara-perkara negatif yang berlaku dalam masjid-masjid di Perak. Begitu jugalah dengan Majlis Agama Islam Perak. Tolong tengok-tengok sama.
YB Ramle Tusin dan YB Idham Lim

Laporan yang TM terima menyatakan ramai kaki tangan Majlis Agama Islam ini pro Pas dan selalu menghabiskan masa dan waktu kerja mereka di Pejabat Pas. Pada hal mereka sepatutnya bergerak dan memantau keadaan sekitar. Ini berlaku di kawasan yang kuat Pas seperti di Daerah Kerian dan lain-lain tempat . Ada juga Pengerusi Masjid terdiri dari Pegawai Pejabat Agama Negeri dan mereka juga adalah ahli pekat Pas.

YB Mujaddid Yusof Rawa
Tidak hairan masjid dan surau di Perak telah disalah guna oleh puak-puak ini. Cara mudah membendung masalah ini ialah dengan mengstrukturkan semula organisani Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak di semua peringkat.

Harap YB Dato Najmuddin tidak melihat sahaja kepincangan yang berlaku kerana masalah ini berlaku sejak beliau memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Dato Seri Tajul Rosli lagi.