Ahad, 26 September 2010

Kelantan untuk DAP dan Pulau Pening untuk PAS

Milik Menantu Nik Aziz
Tengah hari tadi dalam perjalanan ke rumah terbuka YB Dato Rosli Hussin Adun Trong, TM mengekor kereta Mitshubishi Triton milik Nga Kor Ming, tertera di belakang plet no DAP 178.

Oleh itu topik petang ini lah berkaitan dengan nombor pendaftaran kereta yang menggunakan akronim DAP dan PAS.

Kereta Mewah milik Hadi Awang
Dua parti pakatan  ini hari ini sekutu rapat, sama malaikat, sama setan dan sama tuhan yang disembah. Sehati sejiwa seiring dan senada. 

Rupa-rupa nya kerjasama dan jodoh mereka sudah tertulis sejak azali lagi, baru sekarang menjadi realiti.
Pas memerlukan Dap dan Dap memerlukan Pas.

Kebanyakan pemimpin Dap hari ini telah berusaha untuk mengumpul plet kenderaan dari Kelantan yang menggunakan akronim DAP.  Sekarang siapa yang miliki plet DAP boleh jual kepada pemimpin DAP. Cuma yang benggali sekor saja yang tak mau plet tu sebab dia suka plet Kedah iaitu KS.

Orang Pas juga hari ini gila beli kenderaan lama dari Pulau Pening yang Akronimnya PAS.  Keluarga Nik Ajis dah beli banyak nombor PAS yang cantik-cantik.  Agen nombor pun sekarang ni tengah galak mengesan  nombor-nombor plet yang cantik-cantik dari Pulau Pening dan Kelantan.

Cuma hairan kenapa MCA tak berminat dengan nombor baru yang akan keluar di Melaka sehingga mereka berusaha untuk menghalang penerbitan nombor tersebut.

TM  dapat beri dua kemungkinan. Pertama ialah MCA takut ada tauke kaya yang beli nombor MCA 1 hingga MCA 10, mereka yang berjaya akan menguasai parti tersebut.  Faktor kedua ialah MCA sendiri malu untuk mengaku mereka ialah ahli MCA, sebab mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada pengundi mereka.
WANTED BY PAS

Tahniah juga lah diucapkan kepada PAS dan DAP yang mempunyai jati diri lebih tinggi daripada MCA dalam isu nombor ini.

Teringat satu kisah dahulu seorang rakan yang menggunakan kereta Datsun 120Y yang menggunakan plet PAS **** susah nak jual keretanya kerana kedai kereta tak mahu beli masa nak trade in, nak jual kepada rakan-rakan lain pun sama, semua reject kerana malu dengan akronim PAS. akhirnya kereta tu lelong murah-murah kepada saudara dia di kampung. Begitu lah hinanya akronim PAS.