Selasa, 7 September 2010

LAJU KUDA KU LAJU-ZAID IBRAHIM

Zaid ditindas oleh 3A
TM menyokong Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan tahun ini. Zaid perlu diberi kemenangan oleh seluruh warga PKR. Jika Zaid berjaya maka dapat menghapuskan sistem diktator yang dibawa oleh Anwar sejak zaman bahri lagi.

Orang lama dalam Abim tahu benar perangai munafik Anwar ini. Dalam Umno pun budayanya sama, mahukan semua pemimpin Umno mengikut telunjuknya. Siapa engkar maka akan dipecat dan digantung keahliannya. Dalam Umno Anwar bertindak seperti Zionis.

TM tahu sangat perangai buruk Anwar, bukan sekarang tetapi sejak zaman bahri.

Ayuh wahai warga PKR jika mahu demokrasi wujud dalam parti anda, pilihlah Zaid Ibrahim. Hari ini ternyata 20 MP Pkr dipaksa supaya menyokong Azmin kerana dia adalah anak emas Anwar. Dalam politik tidak ada istilah tersebut.

Apa tunggu lagi. Musnahkan benteng AAA  dan hidupkan keadilan dan demokrasi dalam PKR yang sudah lama hilang.