Di Perak beliua cukup lantang mengkritik kerajaan BN yang memerintah Perak dengan panggilan kerajaan Haram.
Di Perak beliau menjelajah ke semua daerah dan berceramah dalam masjid diluar kawasannya. Sasarannya ialah kawasan-kawasan yang Pas lemah. Mempengaruhi jawatankuasa masjid yang menyokong Pas akan memberi ruang untuk beliau berpolitik di mimbar masjid.
Salah satu kawasan yang menjadi sasarannya ialah Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh YB Dato Hamidah Osman atau lebih mesra dipangil Kak Midah. Di sana beliau memainkan isu YB Midah tidak membantu warga miskin . Warga miskin dibiarkan tanpa bantuan dan beliau memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik sempit beliau.
Pada hal warga miskin tersebut cukup bantuan dan pembelaan yang diberikan oleh BN. Perbuatan Nizar sama saja dengan Adun Selinsing Kerian yang menggunakan surat khabar Sinar untuk mempromosikan politik semput/ sempit mereka.
Hari ini Nizar di Sabah pula dan mengkritik kerajaan Sabah kononnya membiarkan pusat peranginan Karambunai sebagai lokasi perjudian sebuah kasino dengan pelaburan 1.4 trilion ringgit..
What?RM1.4trillion investment plan to include Casino in Karambunai.Big shame on BN revert 2 gambling 2 generate econ.Sabahans dont need that
Hebat Nizar....cuba lah perbetulkan di Penang, Selangor dan dua kawasan yang dijaganya terlebih dahulu.
TM nasihatkan Nizar, jadilah wakil rakyat yang mewakil rakyat kawasannya. Tak ada apa kemajuan yang dibawanya di kedua-dua kawasan Bukit Gantang dan Pasir Panjang.