Surat sokongan kelulusan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion oleh I'DA WORLD yang ditandatangani oleh CEO nya, Ir. Mustafa Salleh.
Semalam Timb. Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah menafikan sumbangan RM 4 Billion dari sebuah syarikat kepada kerajaan negeri, hari ini Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pula mengakui dia tak tahu tentang hal tersebut.
Dan, kedua-dua "orang besar" Kelantan ini menafikan mengetahui mengenai kewujudan dan kelulusan projek I'DA WORLD yang akan dilaksanakan di negeri Kelantan.
Takkan lah perkara yang sebegini besar pun tidak diambil tahu oleh pemerintah di Kelantan? Mengapa pula PMBK tahu mengenai hal ini tetapi tidak pula didalam pengetahuan Mohd Amar dan juga Nik Aziz?
Tambahan pula, yang menghadiri dan menerima replika sumbangan tersebut ialah adik Nik Aziz sendiri Nik Din Nik Mat. Malah Nik Din telahpun menandatangani papan simbolik pelancaran projek syarikat berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz pada Majlis penyampaian sumbangan tersebut.
Mustahil diterima akal jika kedua-dua orang "besar" di Kelantan ini tak tahu menahu tentang sumbangan RM4 Billion dan juga kelulusan projek bernilai USD300 Billion di Kelantan. Ini adalah projek berskala besar dan juga melibatkan jumlah dana yang banyak.
Persoalannya disini, siapa yang sebenarnya bohong? Pihak I'DA WORLD ataupun Nik Aziz dan seluruh Kerajaan negeri Kelantan?