Petang tadi lebih kurang 5 petang di Jalan Stesen Kamunting, di persimpangan masuk ke Kampung Jana Tambahan satu kemalangan berlaku antara sebuah lori, ambulan dan sebuah kereta Proton Saga Aeroback.
Pemandu lori dan dua rakannya dipengaruhi alkohol semasa memandu dan melanggar kenderaan lain dalam kawasan orang ramai. Menyebabkan mereka bertiga dikepung dan diluku oleh pengunjung pasar ramadan yang berhampiran kawasan tersebut.
Mujurlah kereta peronda lalu dikawasan tersebut. agaknya kalau tak ada polis mahu pecah muka ketiga-tiga remaja mabuk tersebut.