2010 namanya hilang dari senarai ahli Umno Taiping |
Seorang rakan telah memaklumkan bahawa namanya telah dibuang daripada keahlian Umno sewaktu pemilihan 2007/2008. Ini gara-gara namanya disebut untuk dicalonkan untuk memegang jawatan penting di peringkat bahagian. [ penangguhan pemilihan Umno 2008 menyebabkan UMNO kalah teruk dalam PRU-12]
Setelah namanya dibuang daripada senarai keahlian Umno beliau telah ke PWTC untuk mengetahui punca sebenar. Beliau telah dimaklumkan oleh seorang pegawai yang bertugas bernama Azuan bahawa dalam tangannya ada beribu-ribu nama yang akan dibuang dari senarai keahlian.
Terkejut beruk juga lah kawan kita ni. Ingatkan seorang dua sahaja yang dilucutkan rupa-rupanya beribu-ribu. Kata pegawai tersebut , dia menerima arahan. Arahan siapa? Siapa yang memberi arahan?
Mungkin juga nama-nama yang dibuang ialah mereka yang tidak aktif atau tidak membayar yuran atau yang akan menggugat kedudukan diperingkat bahagian.
Tahun lepas 2009 satu program pemutihan telah diadakan. Ramai juga nama-nama ahli yang masih sihat, segar bugar tetapi nama mereka hilang daripada senarai ahli. salah seorang ialah dalam foto di atas.
Apa nak jadi dengan Umno. Pucuk kepimpinan berkempen supaya peringkat akar umbi berusaha menambah keahlian, senang-senang saja malaun ni buang orang....Siapakah gerangan malaun ini. Mungkin anda ada jawapannya.
TM tak hairan bab buang-buang ni. Dato Tajuddin Rahman Pasir Salak pun pernah dibuang oleh Al-Jub semasa beliau berusaha untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. Kucing Parsi atau Sang Kelembai ( Orang Kuat Umno ) pun telah di hapus kira oleh puak-puak tu.. Nasib baik Sang Kelembai tak merajuk lari masuk Pas atau Dap. Kesetiannya kepada Umno tidak pernah berbelah bagi. Hari ini beliau diterima masuk ke Bahagian Umno Cheras.