Rabu, 22 September 2010

SELEPAS INI BAWA KES KE ICJ PULA

Pelbagai cara dan helah yang dilakukan oleh Al-Jub untuk mengelakkan kes didengar di mahkamah.
Ingatkan selepas Mahkamah Rayuan menolak tuntutan ALJUB dia akan dibicarakan. rupa-rupa rujuk kepada Mahkamah Persekutuan pulak.

Kalau keputusan ditolak juga kemungkinan besar kes akan dirujuk ke ICJ pula..atau dia akan lari dan mencari suaka politik.....Kesian ALJUB buat macam-macam helah untuk lari dari kenyataan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.

Notis rayuan berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.