Khamis, 28 Oktober 2010

Anwar yang bacul

Karpal kena aedes takkan semua peguambela Anwar kena demam denggi!

Perbicaraan kes liwat DSAI terpaksa ditangguhkan sekali lagi semalam sehingga hari ini ekoran ketua kepada barisan peguam DS Anwar iaitu Karpal Singh dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti wabak aedes.

Walauapapun kita doakan agar YB Karpal Singh akan segera sembuh dari penyakit yang sedang beliau hidapi sekarang ini agar siri penangguhan demi penangguhan untuk kes liwat ini sentiasa berjalan dan tidak terjejas.

Tapi apa yang peliknya ialah bagaimana hanya disebabkan ketiadaan Karpal Singh di mahkamah untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kes kepada saksi-saksi mahkamah maka perbicaraan tidak dapat diteruskan lalu ditangguhkan.

Jadi, apakah sebenarnya fungsi atau peranan yang boleh dimainkan oleh para peguambela DS Anwar yang lainnya seperti Sankara Nair, R. Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasam, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Ameer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan Raja Aziz Adrusse ?

Pernah dulu mereka digelar sebagai peguambela bertaraf lima bintang. Tetapi kini ? Apakah mereka hanya peguambela jenis yang penghabis beras ? Makan gaji buta ? Peguambela Aji-No-Moto ?

Ketiadaan ketua peguam seolah-olah barisan peguambela yang lain hanyalah sekadar pelengkap kepada jumlah peguambela DS Anwar tanpa ada apa-apa khidmat selaku peguambela yang boleh mereka berikan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat DSAI berlangsung.

Anak merdeka~
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.