Accountant Ahmad Huzaimi Ghazi, 27, said it was unfair to take legal action on people who buy such DVDs, when original DVDs were too expensive.Akauntan di atas melahirkan rasa tak puas hati terhadap harta intelek yang dianggap terlalu mahal untuk dimiliki.
Yang dipersoalkan ialah bagaimana harta intelek ini boleh dicetak rompak dan berada di pasaran sebelum harta intelek yang tulen dan asli dilancarkan secara rasmi.
Ini menunjukkan ada udang disebalik batu, mereka yang mendapat hak mencetak dan mengedar hasil kerja intelek telah mengkhianati pelanggan mereka dengan menghasilkan produk cetak rompak yang jumlahnya melebihi pengeluaran harta intelek yang tulen.
Satu ketika dahulu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan amat tegas menentang percetakan dan penjualan Vcd/Dvd haram ini. Dalam berita televisyen dan akhbar sering ditayangkan atau disiarkan berita barang-barang kes yang dirampas dilenyek dengan jentera roller pembuat jalan.
Kita juga sering ditunjukkan KPDNKK menyerbu kilang haram dan merampas mesin pencetak CD yang bernilai jutaan ringgit , itu dahulu tetapi tidak ada lagi operasi sedemikian pada hari ini. Pernah satu ketika satu rampasan besar yang bernilai puluhan juta ringgit tetapi akhirnya barang rampasan terpaksa dipulangkan atas arahan menteri.
Menterinya ketika itu berasal dari Johor Baru juga, menang PRU 12 terus dilantik oleh Pak Lah, bagaimana pun setahun kemudian dia meletakkan jawatan kerana kalah dalam pemilihan MT. Isterinya orang keturunan tionghua dan pernah mengendalikan kedai dobi sewaktu menjadi MP Bebas.
Semenjak dia pegang kementerian tersebut semua kakitangannya terpaksa tidur dan tiada lagi serangan dan rampasan dilakukan.
Kini kementerian tersebut diterajui oleh Dato Seri Ismail Sabri Yaakub jangan lah ikut style menteri lama.
Jangan lah dengan mudah menyalahkan pembeli sebaliknya laku program pencegahan dengan menangkap dalang-dalang cetak rompak. Lakukan seperti dahulu sebelum sebelum kementerian dirosakkan oleh bekas tauke kedai dobi tu.
Sesungguhnya seperti kata DS Najib dalam Rakyat mesti didahulukan dalam Gagasan 1 Malaysia. Apa tunggu lagi Dato Seri Ismail Sabri.....Bongkar dalang cetak rompak...bukan mendakwa rakyat yang beli cd cetak rompak.