Gerakan might as well close shop after 42 years of existence. Almost like Datuk Seri S. Samy Vellu who has rejected the post of MIC adviser, former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik has quit as advisor. They are abandoning their sinking ships.
Sedap sungguh bunyinya. Ini lah dia perangai Dap sebiji perangai Pas. Gerakan tak perlu tutup kedai semata-mata kerana kalah besar dalam PRU 12.
PRU 13 atau PRU 14 kemungkinan besar Gerakan akan menjadi gagah perkasa kembali. Sama juga dengan PAS dan DAP. Kalah teruk dalam PRU 11 tetapi tanpa disangka-sangka menang besar dalam PRU 12. Menang bukan kerana DAP, PAS dan PKR kuat, tetapi kerana BN tidak bersatu dan sabotaj antara satu sama lain.
BN tak pernah menyarankan supaya mereka membubar atau tutup kedai pun, tetapi yang bakal tutup kedai dengan sendirinya ia lah PKR kerana Dap dan Pas sendiri yang akan menutup kedai PKR secara halus dan terancang. Buktinya jelas sedang berlaku di Pulau Pinang.