Sejak akhir-akhir ini didapati semua blog politik anti Pas , Pkr dan Dap semakin mendapat sokongan pembaca. Ini cukup membanggakan semua pihak disebelah kita .
Pembacanya bukan sahaja dari penyokong BN tetapi juga pihak pembangkang. Mereka mengikuti setiap perkembangan dan penulisan kita.
Jika sebelum PRU 12 boleh dikatakan pihak pembangkang yang bermaharaja lela menguasai ruang maya untuk menyerang dan menabur fitnah terhadap BN. Seperti biasa kita hanya mampu melihat dan tidak berupaya menentang mereka yang terlalu ramai.
Selepas PRU 12 blog-blog pro BN tumbuh bagai cendawan , namun jumlahnya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan pembangkang.
Perpandukan dan meniru blog-blog bloger elit kita terus melangkah ke hadapan . Walaupunpun dengan gaya kita dan style kita.
Kita juga harus berterima kasih kepada Malaysiakini yang sering mengambil artikel blog kita untuk disiarkan dalam Malaysiakini. Taipingmali mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membantu menaikkan nama TM. Sayang hari ini pihak Malaysiakini menghentikan kolum blog pilihan.
Dengan meniru blog-blog elit kemahiran semakin berkembang. nasihat mereka dijadikan panduan dan teladan. Terima kasih bloger Elit yang sering memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada TM.
Hari ini blog pembangkang semakin suram, pembaca mereka semakin merosot kerana ketanduskan fitnah dan celakaan. Politiking mereka sudah dapat dibaca. semuanya mengkritik tanpa menonjolkan agenda mereka yang sebenar. Pembaca semakin muak.
Contohnya blog DPPNPk. Isi kandungan seperti Harakah cuma berbeza ialah sasaran tohmahan dan kritikan berfokuskan MB Perak iaitu Dr Zambry. Lain-lain agenda pembanguna dan aktiviti mereka tiada. Ideo dan pemikiran mereka kosong walaupun bertitle ustaz dan doktor.
Blog pro BN tidak lagi mempertahankan serangan dan tuduhan sebaliknya menyerang, menyerang dan terus menyerang sampai musuh lari lingtang pukang.
Bukan saja blog yang main peranan tetapi juga facebook. Ramai yang masih membiarkan pembangkang berkuasa dalam medium ini. FB Pemuda Umno, Puteri dan wanita Umno nampaknya banyak yang setakat ada akaun sahaja tetapi fungsinya tidak kelihatan, kerisnya mungkin tumpul dan kontot.
Semua blogger perlu ada Facebook , twitter dan sebagainya yang berlambak dalam alam maya. Gunakan semaksimumnya. Lambung isu biar mereka masuk dan ajak rakan-rakan belasah mereka sampai mereka lari. Pantang undur sebelum menang.
Ayuh kita ratah mereka hidup-hidup , biar mereka mampus dan sumbat mereka kelubang cacing .