Sabtu, 13 November 2010

CM PENANG DAN KEDAH ANTI MELAYU DAN ISLAM


Sindrom P. Pinang bakal menular ke Kedah!

Selepas beberapa gerai peniaga melayu disekitar P.Pinang dirobohkan oleh kerajaan DAP pinpinan khalifah Lim Guan Eng, Saya dikhabarkan langkah kerajaan DAP ini bakal menular ke negeri Jelapang Padi negara iaitu Kedah.

Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan telah pun mengeluarkan notis kepada beberapa pemilik gerai di tepi-tepi jalan sekitar bandar Alor Star supaya mengosongkan gerai masing-masing untuk tujuan dirobohkan.

Rata-ratanya, semua gerai-gerai yang diberikan notis ialah gerai milik peniaga melayu di negeri itu. Kebanyakan gerai-gerai peniaga melayu tersebut telah lama didirikan dan seharusnya nasib mereka harus dibela oleh kerajaan negeri Pas Kedah yang selama ini mewar-warkan slogan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Walaupun kerajaan negeri yang kini dibawah pentadbiran Pas itu memberi alasan untuk membesarkan jalan-jalan yang sedia ada, sepatutnya pihak kerajaan negeri harus menyediakan satu tempat yang baru bagi menggantikan tapak yang sedia ada.

Biarpun tapak gerai para peniaga melayu ini asalnya adalah merupakan tanah rezab jalan, saya tak nampak ianya mengganggu kelancaran lalulintas dan juga menyumbangkan kepada kesesakan disitu.

Ada juga gerai yang langsung tiada kena mengena dengan projek pembesaran jalan turut diberikan notis pengosongan. Bagi saya, mungkin projek pembesaran jalan hanya merupakan alasan bagi kerajaan Pas negeri mengusir para peniaga kecil melayu yang berniaga di negeri tersebut.

Sepatutnya, pihak kerajaan negeri Kedah harus berusaha menyediakan dan kenal pasti tapak baru dahulu, seterusnya pindahkan kesemua peniaga-peniaga kecil melayu ini dan barulah proses perobohan dilakukan. Jangan jadi seperti kerajaan DAP di P.Pinang yang hanya tahu merobohkan gerai peniaga melayu tanpa langsung mengambil kira kesusahan mereka.

Saya tak hairan dengan beberapa tindakan kerajaan DAP di P.Pinang yang dilihat seperti "anti peniaga melayu" kerana semua sudah sedia maklum tentang sifat chauvinist dan Ultra Kiasu yang wujud didalam diri mereka. Tetapi kerajaan negeri Pas Kedah pula janganlah terikut-ikut dengan cara politik kotor khalifah Lim GE.

Seharusnya Ustaz Azizan yang sudah tentunya melayu/Islam menjaga kebajikan nasib bangsanya sendiri di negeri Kedah.

Jika kerajaan pimpinan Ustaz Azizan mengabaikan tanggungjawabnya membela bangsa melayu di negeri tersebut dan juga tak mengendahkan keluhan para peniaga kecil melayu disekitar negeri, apa bezanya Ustaz Azizan dengan Lim GE?